Tuesday, August 01, 2017

Jika Raus kekal jadi ketua Badan Kehakiman, PM Najib pun boleh lantik ramai Hakim hari terakhir beliau ada kuasa?

Perdana Menteri Najib pun boleh pada hari terakhir menjadi Perdana Menteri, pun boleh melantik seberapa ramai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan....dan selepas itu Yang Di Pertuan Agung TERPAKSA melakukan sapertimana dinasihati Perdana Menteri - tak kira UMNO-BN sudah tewas dalam PRU 14, dan ada kerajaan gabungan parti pembangkang dan Perdana Menteri Baru...



Inilah apa ertinya jika  YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif(Chief Justice of the Federal Court)  terus kekal sebagai Hakim selepas 3/8/2017 - dan terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara selepas tarikh tersebut untuk tiga(3) tahun yang akan datang...

Justeru - 4 OGOS 2017 merupakan tarikh yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia...





Apa yang berlaku dalam kes YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus?

Pada tarikh terakhir terma Ketua Hakim yang lalu, beliau telah menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk melantik ' YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif' sebagai 'hakim tambahan' berkuatkuasa mulai 4/8/2017 untuk terma 3 tahun.




Yang DiPertuan Agung telah mengikut 'nasihat' Ketua Hakim tersebut dan seterus telah buat saperti mana dinasihati...


Yang DiPertuan Agung sebenarnya tidak ada kuasa untuk melakukan selain daripada apa yang yang telah dinasihatinya oleh pihak tertentu (biasanya Perdana Menteri, dan dalam kes ini 'Ketua Hakim Negara'... ini jelas daripada Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan...

Article 40(1A) 
In the exercise of his functions under this Constitution or federal law, where the Yang di-Pertuan Agong is to act in accordance with advice, on advice, or after considering advice, the Yang di- Pertuan Agong shall accept and act in accordance with such advice.’

Kuasa pemberian 'advise'(nasihat) kepada YDP Agung untuk melantik 'hakim tambahan' adalah ditangan "Chief Justice of the Federal Court'...

Jangan lupa nahawa PM Najib yang ada kuasa menentukan siapa jadi Hakim...nasihat beliau harus dituruti YDP Agung 

Article 122B(1) 
 ‘The Chief Justice of the Federal Court, the President of the Court of Appeal and the Chief Judges of the High Courts and (subject to Article 122c) the other judges of the Federal Court, of the Court of Appeal and of the High Courts shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Conference of Rulers.

Justeru, apa yang berlaku pada Jumaat (4/8/2017) adalah sangat penting kepada masa depan negara...

Kalau 'Chief Justice of the Federal Court' dapat memberi nasihat pada hari terakhir sebelum beliau habis tempoh perkhidmatan - ini bermakna bahawa PM pun boleh buat perkara yang sama ...

Implikasi sangat besar...


Lihat post terdahulu:-

4 Ogos - 'krisis badan kehakiman' jika YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus kekal 'Chief Justice' untuk 3 tahun?

Chief Justice, even after retirement, for 3 more years? Wrong or Right? peruntukkan Perlembangan mengenai hakim, perlantikan hakim...badan kehakiman boleh dilihat dalam post ini.

UN Basic Principles on the Independence of the Judiciary - Chief Justice and imminent 'judicial crisis'? - ini bukan sahaja isu Perlembagaan dan/atau tafsiran Perlembagaan, tetapi lebih penting adalah isu PRINSIP - di sini kita melihat piawai antarabangsa yang juga terpakai di Malaysia, sebuah negara dalam Bangsa-Bangsa Bersatu..

BANGALORE PRINCIPLES OF JUDICIAL CONDUCT

 

 

 

No comments: