Monday, June 12, 2017

Masih takut? belum Matang? Atau sudah sedia bangkit selamatkan rakyat Malaysia?

Adakah kamu sudah matang? Sedia mengambil bahagian lebih aktif dalam pentadbiran komuniti...bandar...negeri dan negara? Sedia melibatkan diri dalam perbincangan dari segi aspek ekonomi, politik, sosial...di semua peringkat. Semua individu ada mempunyai 'kepandaian' ...ada pendapat bagus juga...Komoditi rakyat ini tidak digunakan kerana pemimpin politik berkuasa fikir mereka sahaja yang 'pandai'....dan tahu semua?




UMNO-BN - Budaya yang mereka mahu...adalah untuk kamu, rakyat jelata, 'DON'T WORRY' - selepas undi dan pilih pemimpin - dengar sahaja apa kata pemimpin? Jangan soal - jangan kritik atau ada 'pendapat' berlainan...'Jangan terlibat dalam 'politik'...atau isu pentadbiran negara? 

Di kedai kopi pun, ramai 'tak berani' bincang isu politik...Penjawat awam yang paling takut sekali?...Apa yang rakyat perlu buat adalah cakap pasal sokan (EPL?? - bukan pun liga rakyat Malaysia), lihat TV..drama bersiri, dll..., berjenaka, dll...Jangan kamu memikirkan perkara 'SERIUS'...anda belum matang lagi? Hanya pemimpin politik yang 'pandai' dan tahu apa nak buat demi rakyat...karut? atau 'benar'?

SEDIH SEKALI - ramai rakyat senang sekali terima kefahaman saperti ini ...MENGAPA? Kerana tak tahu ada cara lain...? Atau tak mahu 'buat kacau' atau 'rock the boat'...biar sahaja PM dan kerajaan UMNO-BN buat yang terbaik untuk kita semua ...atau MB dan kerajaan negeri buat suka mereka...TERLALU YAKIN pemimpin akan buat yang betul demi kebaikkan semua di Malaysia...Biar kita hanya risaukan hal peribadi dan mungkin keluarga sahaja...


TETAPI belumkah kamu sedar bahawa sebenarnya pemimpin dan 'kerajaan' yang diharapkan tidak membuat kerja yang diamanahkan - dan kini setiap orang di Malaysia sudah mula merasai akibat 'tindakan' pemimpin ini... Adakah 'pemimpin' mengaku kesilapan atau kegagalan mereka?...ada saja alasan...ada saja justifikasi....masalah ekonomi global ... bukan sama sekali silap saya ...

1MDB, MAS, Proton, DRB-HICOM, FELDA...berapa banyak wang rakyat sudah dilupuskan? Berapa banyak harta negara sudah hilang? Di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, kes diambil berkenaan isu 1MDB tetapi di Malaysia, kerajaan UMNO-BN menyatakan tak ada apa-apa yang salah...tak ada 'kleptocracy', tak ada pelupusan wang/harta secara salah, tak ada apa-apa...adakah semua negara ini 'bodoh' atau suka-suka mahu buat hal anti-Malaysia?...

Kerajaan mula 'menswastakan' - tubuh syarikat swasta - kononnya lebih 'efficient'  dan murah...tetapi malangnya ia hanya menjadikan 'cara baru' untuk lupuskan wang dan harta rakyat? ...apa yang difikirkan masih milik kerajaan(bagi pihak semua rakyat) kini sudah tidak lagi dimiliki kerajaan lagi...sudah menjadi milik INDIVIDU atau 'syarikat swasta'...Mana pi duit dan harta rakyat Malaysia?

Bila projek/kerja kerajaan semua diberikan kepada 'syarikat swasta', walaupun kerajaan masih miliki sebahagian atau semua - Ahli Parlimen pun tak boleh dapat jawapan kepada  soalan mengenai ...'hal ehwal' syariakat atau projek yang diswastakan...[Mana dia maklumat nama syarikat milik kerajaan? Untung syarikat milik kerajaan? ...Butiran pemegang saham syarikat yang saya dan kamu fikirkan masih dimiliki dan dibawah kawalan kerajaan - Siapa yang memastikan semua berlaku dengan baik dalam syarikat yang dimiliki kerajaan - PM dan Menteri Kewangan? Mana boleh - mesti dipantau oleh Parlimen...1MDB - Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat semua orang sama? Najib Tun Razak ...Risiko tinggi?

Ketua Audit Negara pun hanya audit perbelanjaan di peringkat Kementerian, Jabatan atau Ajensi Kerajaan - tetapi bukan syarikat 'swasta' milik kerajaan(atau dimana kerajaan memiliki peratusan syarikat tersebut) - kenapa kita tidak tahu tentang penyelewengan wang yang berlaku dalam MAS, Proton, FGV, DRB Hicom, dll? Kalau diaudit, pasti salah laku akan diketahui...dan mungkin 'pelupusan' wang/harta dapat dikurangkan...MAS rugi kena masuk wang kerajaan - apa yang berlaku sampai jadi gitu? Siapakah yang bertanggungjawab? Apa yang berlaku dengan Proton, sampai kerajaan kena pinjam berbillion ringgit?



HUTANG Negara meningkat begitu tinggi...semasa pentandiran PM Mahathir, ianya stabil lebih kurang RM40 billion sahaja ...kini sudah lebih RM800 billion(atau mungkin lebih)...kerajaan  terus memberikan pinjaman terus kepada syarikat swasta ...contohnya, Proton...jika masih memiliki lebih 50%, ada lojik ...tetapi kini adakah kerajaan atau syarikat milik penuh kerajaan memiliki Proton? atau DRB-HICOM? ...



Anak PM lepas dan saudara/kawan  mereka menjadi sangat kaya - kini yang sedih adalah ramai mahu masuk parti politik kerana ingin menjadi lebih kaya? Demi membangunkan dan memperkayakan semua rakyat Malaysia bukan lagi objektif....

UMNO terus membawa 'kefahaman' tak ada UMNO - semua orang Melayu akan teruk...MCA sama juga bagi orang Cina ...dan MIC bagi orang India...dan ...Justeru, taktik UMNO-BN sejak dulu adalah polisi ke arah 'Divide and Rule' ...dan memastikan ketakutan kepada gulungan etnik lain dikekalkan...rakyat Malaysia dihalang BERSATU dihalang menjadi satu - Rakyat Malaysia? Najib memulakan slogan 1Malaysia - tetapi jelas ia kekal sebagai slogan sahaja...


BUDAYA ini dikekalkan juga dengan 'undang-undang' - yang kini menyukarkan rakyat bertemu rakyat, menukar pendapat dan membincangan hal perkara 'politik', 'ekonomi' dan 'sosial'...Mahu panggil rakyat setempat untuk datang bersama untuk bincang pun susah - kena buat permohonan dan dapatkan kelulusan kerajaan...

Nak tubuh persatuan pun susah...kerajaan menentukan 'undang-undang' atau perlembagaan kesatuan ...apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat...nak kutip derma pun kini sudah tak dibenarkan - perlu kelulusan? Kesatuan Sekerja, walaupun ahli di AGM memutuskan tanpa yuran - tidak boleh kecuali Pendaftar Kesatuan Sekerja meluluskan - biasa kata tak boleh. Bila Kesatuan dan Persatuan tak boleh tambahkan yuran atau mendapatkan lebih wang - susah aktif, susah jalankan projek/aktiviti tambahan..

Ketua kampung pun dilantik kerajaan ...rakyat 'tak matang' ada mesyuarat peringkat kampung dan memilih ketua dan jawatankuasa sendiri... Kalau lantik pun, kerajaan tak iktiraf...meraka sudah pun ada JKKK yang dilantik dan dikuasai kerajaan Persekutuan (bukan pun kerajaan Negeri)...Justeru, semua wang untuk kampung dialirkan melalui JKKKK...Tapi kerajaan negeri boleh iktiraf dan mentadbir mengunakan pimpinan kampung/taman yang dipilih rakyat setempat...



Selangor, Kelantan, Pulau Pinang - kenapa tidak diadakan pemilihan secara demokratik ketua kampung, ketua taman ...jika ada pimpinan dilantik secara demokratik, lebih senang isu rakyat setempat ditimbulkan pimpinan dipilih rakyat...senang juga kerajaan negeri menjadi lebih effisyen...tapi BUDAYA UMNO-BN, kini juga cara PKR, DAP dan PAS nampaknya sama...Bahaya, jika ada perlantikkan secara demokratik...rakyat setempat akan datang berhimpun membincangkan hal....ini BAHAYA...rakyat akan bersatu menjadi kuat...nanti pimpinan kerajaan susah...kini senang jika 'handle' individu...daripada kumpulan sehati sepermintaan daripada 50-100 penduduk taman atau kampung itu...

PERSATUAN...Parti Politik - adakah wujud perbincangan dan proses membuat keputusan bersama di sana...atau sama juga? Semua ikut sahaja apa kata pemimpin ...yang dengar pula apa kata pemimpin peringkat pusat. Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini - pelik tak ada yang kritik polisi atau cara Najib atau kerajaan UMNO-BN? PKR macam mana - semua ikut sahaja cakap Anwar? Apakah isu yang datang dari akar-umbi...jika tak ada, dan kesemuanya datang daripada pimpinan pusat...ertinya ada sesuatu yang tak betul...Kesatuan Sekerja macam mana? PAS macam mana? DAP macam mana?

Adakah betul kita semua, rakyat Malaysia masih tak matang - tak ada upaya memberikan pendapat atau cadangan polisi atau aktiviti yang sepatut diadakan? Perlukan semua datang daripada kepimpinan utama - Anwar, Hadi Awang, Kit Siang, Najib,...

Adakah UMNO-BN selepas lebih kurang 60 tahun memerintah berjaya membantu orang Melayu, Sarawak dan Sabah? KPI membantu Bumiputra berjaya...projek dan wang disalukan kepada Bumiputra - tetapi jika ia disalurkan  kepada seorang dua Melayu pun secara lojik orang Melayu untung - karut bukan...adakah individu Melayu yang 'untung' atau jadi kaya akan seterusnya mengagihkan kepada semua orang Melayu? Tidak sama sekali ...wang sepatutnya akhirnya diagihkan sama rata (atau lebih kurang sama rata) kepada semua orang - tak ada lagi orang miskin Melayu, Sabah atau Sarawak? Tak ada rakyat Malaysia yang miskin? Tak perlu lagi 'sedekah' macam BR1M?

Polisi membangukan berasaskan agama atau gulungan etnik semuanya akhirnya hanya membawa keuntungan kepada beberapa  individu sahaja - kebanyakkan individu lain mungkin kekal dalam keadaan kemiskinan sama...

JUSTERU - polisi mesti kearah membantu yang miskin, terpinggir dan memerlukan...tak kira etnik atau agama. Yang kaya tak perlu dibantu lagi...mereka boleh jaga diri sendiri?

BUDAYA lama kena berubah ...semua orang terpaksa bangun daripada tidur...bukan sahaja hanya hebohkan masalah - tetapi juga memberikan cadangan apa yang harus dilakukan...

KETAKUTAN - ini satu senjata yang telah digunakan untuk memastikan rakyat tak ubah - rakyat kekal ditempatnya - ikut sahaja apa kata pemimpin politik...? ISA, SOSMA, POCA, POTA, Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Pertubuhan, Akta Polis, Akta Kastam...

Warung tak boleh jual nasi berlauk harga tinggi....buat aduan penguatkuasaan akan dilakukan...tapi tak salah pemaju jual rumah harga tinggi? Tak salah restoran 'besar' jual makanan harga tinggi - Yang 'miskin' dijadikan fokus penguatkuasaan? Jika warung mahu jual nasi goreng dengan harga RM50, apa salahnya? Penguna akan pi warung lain...mengapa perlu dijadikan isu berpuluh ringgit isu besar? Isu jutaan dan billion tak adapun penguatkuasaan...Pelik saya mengapa bila penyiasatan wang berbillion dalam akaun Najib dilakukan, pihak berkuasa tidak pun 'freeze' akaun supaya wang tidak dilupuskan ...di mana akhirnya, kita diberitahu wang itu sudah tidak lagi dalam Malaysia - kononnya telah dipulangkan kepada 'penderma'? ...



Kini sistem AES - lagi rakyat menjadi sasaran penguatkuasaan...parking kereta...

Mereka yang berani menyoal, mengkritik...cepat-cepat dijadi sasaran penguatkuasaan undang-undang - lihat apa yang berlaku kepada Maria dan mereka yang terlibat dalam BERSIH?  

Kes Majikan tidak menurut undang-undang negara - adakah berlaku penguatkuasaan serta merta? Kini ada banyak kes majkan cabut tak bayar gaji pekerja, faedah pemberhentian kerja - Ini berlaku kerana kerajaan UMNO-BN tidak melakukan penguatkuasaan undang-undang dengan pantas...tunggu sahaja sehingga nasi sudah jadi bubur. Kes Infineon Melaka - Majikan menghalang Presiden Kesatuan Sekerja menjalankan tugas sebagai Presiden Kesatuan. Ini memang melanggar undang-undang - kini lebih kurang 6 bulan sudah berlalu - tindakan salah melanggar undang-undang negara - mana penguatkuasaan undang-undang? Sedih sekali parti pembangkang pun macam tak buat apa-apa???

KETAKUTAN adalah strategi mengekalkan BUDAYA UMNO-BN - Yang mencabar pemimpin politik akan dikenakan? Kalau dilihat UMNO, kita lihat Anwar Ibrahim, Muhyiddin, dll... Jika dilihat PAS, kita ada kes Husam Musa,...Jika dilihat PKR, pun ramai...siapa yang cabar kepimpinan akan dikenakan?

JUSTERU - Budaya UMNO-BN nampaknya sudah kini menjadi juga Budaya parti politik ...dan banyak juga persatuan dan kesatuan sekerja?..Ia semua boleh berlaku kerana kamu dan saya tak berani bersuara dan protes - dan lakukan apa yang perlu menanggani budaya 'taat sahaja ...jangan cabar jika pun pimipinan buat salah'...PERUBAHAN PERLU BERLAKU DARIPADA ANDA DAN AKAR UMBI...NAK HARAPKAN PERUBAHAN DATANG DARIPADA MEREKA YANG BERKUASA KINI ...SUSAH SEKALI...
 



DRB HICOM (Hasil carian internet mengenai pemegang saham - nampaknya Etika Strategi Sdn. Bhd.kini pemegang saham lebih kurang 55.9% - kerajaan Malaysian atau badan kerajaan dan/atau syarikat milik kerajaan nampaknya sangat kurang - pada 2013, pemegang saham mereka yang bukan warga Malaysia adalah lebih kurang 20% - sekarang warga asing memiliki berapa?

Shareholders
NameEquities%
Employees Provident Fund 97,610,787 5.05%
Lembaga Tabung Haji 96,649,100 5.00%
Dimensional Fund Advisors LP 36,328,022 1.88%
Norges Bank Investment Management 27,172,524 1.41%
The Vanguard Group, Inc. 23,881,127 1.24%
Baring Asset Management (Asia) Ltd. 15,254,900 0.79%
RHB Asset Management Sdn. Bhd. 7,080,000 0.37%
BlackRock Fund Advisors 5,203,000 0.27%
Pacific Mutual Fund Bhd. 3,670,400 0.19%
Libra Invest Bhd. 3,276,200 0.17%


Etika Strategi Sdn. Bhd. remains our largest shareholder with 55.9% from the total share capital and
8.9% by Employees Provident Fund (EPF) which together account for 64.8% of the Group. Foreign shareholding stood at 19.4%, a marginal reduction from 20.9% as at 31 March 2013

1 comment:

bumi-non-malay said...

Lebih baik Pecahkan Malaysia...Sabah-Sarawak Pecat Malaya....hutang malaya $1 Trillion Ringgit...Hutang Sabah-Sarawak $0.00...Era Baru....mampus MalayaSIAL