Thursday, November 19, 2015

67 Kumpulan :- MAB Milik Kerajaan, Operator Baru Malaysian Airlines, Harus Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Dan Tidak Menafikan Kebebasan Berpersatuan (Freedom Of Association)

See earlier post:-67 Groups :- Government-Owned MAB, the new Malaysian Airlines Operator, Must Recognize Unions and Not Deny Freedom of Association.


Kenyataan Bersama – 19/11/2015 – Terjemahan Bahasa Malaysia 

MAB Milik Kerajaan, Operator Baru Malaysian Airlines, Harus Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Dan Tidak Menafikan Kebebasan Berpersatuan (Freedom Of Association)


Kami, 67 kesatuan sekerja, organisasi masyarakat awam/badan bukan kerajaan dan kumpulan yang disenaraikan di bawah terkejut apabila syarikat milik kerajaan Malaysia, Malaysian Airlines Berhad(MAB), syarikat yang mengambil alih sistem penerbangan Malaysia, memilih untuk mengabaikan permohonan untuk pengiktirafan oleh National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM).

Di Malaysia, sebelum sesuatu kesatuan sekerja boleh berunding dan membuat Perjanjian Kolektif (CBA) dengan majikan, majikan perlu terlebih dahulu memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja tersebut. Kegagalan MAB untuk segera mengiktiraf NUFAM memberi gambaran negatif pada Malaysia yang mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak-hak pekerja terutama Kebebasan Berpersatuan, yang juga merupakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Berasaskan undang-undang sedia ada, NUFAM telah memohon kepada MAB untuk pengiktirafan melalui surat bertarikh 11/9/2015.

Seksyen 9(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan, ‘…An employer or a trade union of employers upon whom a claim for recognition has been served shall, within twenty-one days after the service of the claim- (a) accord recognition; or (b) if recognition is not accorded, notify the trade union of workmen concerned in writing the grounds for not according recognition…’ [‘…Bahawa majikan atau kesatuan majikan kepada siapa satu tuntutan pengiktirafan disampaikan harus, dalam masa dua puluh satu hari selepas penyampaian tuntutan pengiktirafan tersebut – (a) memberikan pengiktirafan; (b) jika pengiktirafan tidak diberikan, memaklumkan kepada kesatuan sekerja pekerja berkenaan dalam bentuk penulisan alas an mengapa pengiktirafan tidak diberikan….’]

MAB langsung tidak ada budi bahasa untuk menghantar apa pun jawapan kepada NUFAM dalam jangkamasa 21 hari yang diperuntukkan, di mana ini boleh dianggap kelakuan tidak wajar khususnya kerana MAB merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia.

Saperti yang diperlukan undang-undang melalui surat bertarikh 6/10/2015, NUFAM telah dalam bentuk tulisan melapurkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan(DGIR) untuk mengambil langkah perlu atau melakukan penyiasatan demi memastikan ‘… the competence of the trade union of workmen concerned to represent any workmen or class of workmen…’ [‘…kelayakan kesatuan sekerja pekerja berkenaan untuk mewakili pekerja atau kelas kelas pekerja….’] di dalam MAB, dan untuk menentukan ‘…by way of secret ballot, the percentage of the workmen or class of workmen, in respect of whom recognition is being sought, who are members of the trade union of workmen making the claim… ‘melalui undi sulit,memastikan  peratusan pekerja atau kelas pekerja, untuk siapa pengiktirafan dituntut, yang merupakan ahli kesatuan pekerja yang menuntut pengiktirafan…’ Keputusan undi sulit mesti menunjukkan bahawa lebih 50% dari pekerja yang layak menyertai kesatuan sekerja berkenaan  menyokong kesatuan berkenaan, di mana mereka yang tidak berpeluang mengundi akan diambilkira sebagai mereka yang tidak menyokong kesatuan berkenaan.

Lebih daripada 40 hari telah berlalu, dan DGIR masih belum memberikan sebarang respon kepada NUFAM. Memandangkan ramai pekerja kini diambil kerja sebagai pekerja kontrak jangka tetap, tindakan pantas dan cekap diperlukan dari pihak berkuatkuasa. Kelewatan ini memprejudiskan pekerja.

Apabila kesatuan sekerja di Malaysia berjaya mendemonstrasikan bahawa mereka mempunyai sokongan lebih 50% pekerja yang layak menjadi ahli melalui undi sulit, dan Menteri memutuskan pengiktirafan majikan diberikan, kini ada setengah majikan yang akan mencabar keputusan ini di Mahkamah dan hak yang timbul akibat pengiktirafan boleh tergantung bertahun-tahun lamanya – pekerja dan kesatuan sekerja yang merana.

Bila sistem penberbangan Malaysia dahulunya di bawah Malaysian Airlines Systems Berhad(MAS Bhd), NUFAM telah berjaya dalam undi sulit dan Menteri buat keputusan NUFAM diiktiraf MAS Bhd. Malangnya, MAS Bhd telah memulakan tindakan semakan kehakiman di Mahkamah mencabar keputusan Menteri, di mana kes ini masih belum selesai.


Union Busting – Menubuhkan Entiti Undang-Undang Berasingan Yang Baru

Ada syarikat swasta dahulunya menubuhkan satu entiti undang-undang berasingan yang baru, dan kemudian memindahkan asset dan perniagaan daripada syarikat sedia wujud kepada entity baru(syarikat baru), di mana ini akan membunuh kesatuan sekerja sedia ada – memaksa pekerja bermula sekali lagi proses menubuhkan, mendaftarkan dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan untuk kesatuan baru untuk pekerja yang kini kerja dalam syarikat baru. Ini merupakan strategi yang digunakan juga untuk menyingkirkan pepmimpin pekerja dan pekerja yang cukup berani untuk berjuang menentang eksploitasi.

Adalah sangat mengecewakan apabila kerajaan Malaysia mengunakan kaedah sama untuk ‘union busting’(menghancurkan kesatuan sekerja) bagi syarikat milikan kerajaan dan/atau syarikat GLC.

Malaysian Airlines Systems Berhad(MAS Bhd) merupakan syarikat yang dulu mengendalikan sistem penerbangan Malaysian Airlines dengan lebih kurang 20,000 pekerja. Apa yang telah berlaku adalah MAS Bhd dikatakan  telah memindahkan asset dan perniagaan sistem penerbangan mereka kepada satu entity undang-undang berasingan, Malaysian Airlines Berhad(MAB), dan memberhentikan lebih kurang 20,000 pekerja MAS Bhd. 

MAB, syarikat baru yang mengambil alih Malaysian Airlines, telah mengambil pekerja baru, antara lain  lebih kurang 14,000 bekas pekerja MAS Bhd.  Semua kesatuan sekerja dalaman (in-house unions) yang wujud di MAS Bhd secara berkesan telah/akan mati.

Kini, MAB bebas kesatuan sekerja. 

NUFAM kemungkinan kesatuan sekerja pertama yang menuntut pengiktirafan daripada MAB – di mana pengiktirafan diperlukan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja ahli mereka dengan lebih baik dalam MAB, dan juga untuk membolehkan kesatuan memasuki Perjanjian Kolektif (Collective Bargaining Agreement) dengan MAB.


Moratorium Untuk Semua Tindakan Mahkamah Melibatkan MAS Bhd

Yang memburukkan lagi keadaan adalah Malaysia telah meluluskan undang-undang baru  – Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, yang antara lain,  telah secara berkesan menghalang akses menuntut keadilan melalui Mahkamah dengan cepat. Satu moratorium kini berkuatkuasa menghalang Mahkamah meneruskan dengan kes-kes melibatkan MAS Bhd. Bila moratorim ini akhirnya ditamatkan, ianya mungkin sudah terlewat. Keadilan yang dilambatkan adalah keadilan yang dinafikan.


Kerajaan Malaysia Memiliki Syarikat Lama dan Syarikat Baru

Kerajaan Malaysia, melalui dana pelaburan strategik Khazanah Nasional, adalah tuan punya kedua-dua MAS Bhd dan MAB yang baru ini. Justeru, kerajaan Barisan Nasional kini di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak yang boleh dianggap bersalah melakukan ‘union busting’. Penafian pengiktirafan cepat kepada NUFAM dan mungkin kesatuan sekerja lain oleh Malaysian Airlines Berhad(MAB) boleh dianggap tindakan anti-pekerja dan anti-kesatuan sekerja.

Undang-undang Malaysia berkenaan kesatuan sekerja adalah menindas dan anti-pekerja.


KAMI MENUNTUT :- 

-   Malaysian Airline Berhad(MAB), sebuah syarikat milik Malaysia, segera mengiktiraf National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM);

-   Bahawa kerajaan Malaysia akan memastikan bahawa semua syarikat milik kerajaan dan/atau yang ada kaitan dengan kerajaan(GLC) akan menetapkan standard tertinggi berkenaan menghormati hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia;


-    Bahawa Malaysia segera meratifikasi Konvensyen ILO Convention No. 87 Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention, 1948, [ILO No. 87 Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak untuk Mengorganisasi Konvensyen, 1948], yang merupakan satu daripada 8 konvensi inti asas;

-     Bahawa Malaysia segera meminda dan/atau memansuhkan undang-undang berkenaan kesatuan sekerja yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa terutama kebebasan berpersatuan. 


Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong

Untuk dan bagi pihak 67 organisasi, kesatuan sekerja dan kumpulan yang disenaraikan

ALIRAN
Asia Monitor Resource Centre (AMRC)
Association of Maybank Executives
BPSLU (Batangas Pier Stevedores and Dockworkers Labor Union), Philippines
Center for Trade Union and Human Rights (CTUHR), Philippines
Centro De Reflexión Y Acción Laboral (CEREAL), México
Clean Clothes Campaign(CCC)
Committee for Asian Women (CAW)
CBBRC (Crispin B. Beltran Resource Center), Philippines
Daeduck Employees Union- Ind. , Philippines

Eagle Ridge Employees Union, Philippines
Electronic Industry Employees Union (EIEU) Southern Region, Peninsular Malaysia
GoodElectronics Network
Hyesung Workers Union-Ind., Philippines
IDEAL Institute for Development of Alternative Living
Institut Rakyat
Inverclyde Advice and Employment Rights Centre, Scotland
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia /JKOASM
Jaringan Orang Asal SeMalaysia
Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator

Kalikasan People's Network for the Environment, Philippines
Kesatuan Eksekutif AIROD
Kesatuan Eksekutif Canon Opto
Kesatuan Pekerja-Pekerja Mitsui Copper Foil(MCFEU)
Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces(KRYSS)
LINTAS NUSA - Batam Indonesia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysian Youth and Students' Democratic Movement (DEMA)\
Malaysia Physicians for Social Responsibility
MAP Foundation for the Health and Knowledge of Ethnic Labour, Thailand

Migrant CARE
Myanmar Migrants Rights Centre
Nagkakaisang Manggagawa ng Keyrin Electronics-Ind. , Philippines
NAMM(Network of Action for Migrants in Malaysia)
National Union Employees in Companies Manufacturing Rubber Products (NUECMRP)
National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM)
National Union of Journalist (NUJ) Cawangan Utusan Melayu
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
North South Initiative
Paper Products Manufacturing Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)

Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Pax Romana ICMICA
People & Planet
Perak Women for Women Society
PERMAS (Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Projek Dialog, Malaysia
Sahabat Rakyat 人民之友

Samahan ng mga Manggagawa sa Eagle Ridge Golf Course and Residential Estate, Philippines
SAVE Rivers
SAWO (Sabah Women's Action Resource Group)
Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
Solidarity of Cavite Workers, Philippines
Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)
Tenaganita
The Alternative ASEAN Network on Burma(Altsean-Burma)
Workers Assistance Center, Inc (WAC) , Philippines
WH4C (Workers Hub For Change)

Yayasan Chow Kit
Yayasan LINTAS NUSA – Batam. Indonesia
CWI Malaysia (Committee For Workers’ International)
Cividep, India

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta
Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua EngineManufacturing Sdn. Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (KPP Proton)


Nota: Ini hanya merupakan penterjemahan Bahasa Malaysia kenyataan bersama asal dalam Bahasa Inggeris.

No comments: