Monday, October 20, 2014

Workers and Unions call for support to end Union Busting and promotion of worker rights....

These 150 over workers and unionist walked against 'union busting' activities - and are now calling upon the Malaysian Bar, Human Rights Commission (SUHAKAM) and in fact all persons concerned for justice and human rights to push for changes in policy and law of the Malaysian government, etc... so that 'union busting' activities will end and there will be respect for worker and union rights

See earlier Blog post, which also contains the memorandum handed over

Malaysian workers marched against Union Busting amd worker right violations in Malaysia

Malaysiakini - BM

Kesatuan jalan kaki bantah isu cabul hak berpesatuan

Kira-kira 150 pekerja termasuk 20 pemimpin kesatuan pekerja hari ini berjalan kaki bagi menyerahkan memorandum membantah pencabulan hak berpesatuan.

Kumpulan ini bergerak daripada stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula jam 10 pagi dalam dua kumpulan secara berasingan menuju ke pejabat Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Mereka yang memakai baju berwarna hitam melaungkan "Hidup pekerja" dan "Hentikan pencabulan hak pekerja" dan ada di antara mereka menyanyikan lagu KTMB sambil memegang sepanduk "Jangan cabul hak kami".

Bagi kumpulan pertama, mereka menyerahkan memorandum di Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum bertemu kumpulan kedua yang berkumpul depan pusat membeli belah Sogo bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Antara wakil kesatuan sekerja yang terlibat dalam kempen itu ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE).

Hadir sama Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud.

Sementara, Presiden MTUC Khalid Atan yang mengetuai kumpulan pertama menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Peguam Chan Oy Sim di pejabat Majlis itu.

Memorandum itu antara lain meminta Majlis Peguam dan Suhakam mendesak kerajaan menghentikan segala dakwaan pencabulan hak kesatuan pekerja dan memperkenal undang-undang yang lebih berkesan bagi menghalang majikan melakukan pencabulan hak berpesatuan di kalangan pekerja.

Mereka kemudiannya berjalan kaki menuju ke pusat membeli belah Sogo bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam bersama-sama dengan ahli kesatuan yang lain.

Sementara itu, kira-kira jam 12.00 tengahari, Khalid bersama Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan dan beberapa wakil RUM dan Nufam menemui Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam untuk menyerahkan memorandum dan mengadakan perbincangan selama 10 minit.

Sebelum itu, Abdul Razak berkata kempen berjalan kaki secara aman ini adalah kemuncak terhadap tindakan menamatkan perkhidmatan 41 pekerja KTMB kerana berpiket.

“Kita berjalan kaki hari ini untuk mengutuk pencabulan berpesatuan yang boleh menghancurkan kesatuan pekerja di negara ini”

“Pencabulan ini memberi kesan yang buruk kepada masa depan pekerja di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, RUM mencabar presiden syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir berdebat dengan pihak kesatuan bagi menjelaskan sebab pemecatan anggotanya dari syarikat tersebut.

Kira-kira jam 12.45 tengahari peserta yang menyertai perhimpunan itu bersurai secara aman.- Malaysiakini, 20/10/2014,
Kesatuan jalan kaki bantah isu cabul hak berpesatuan

Malaysian Insider

MTUC gesa henti ‘union busting’, serah memorandum kepada Suhakam

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menggesa majikan menghentikan segala bentuk penindasan "Union Busting" terhadap pekerja mereka.

Presiden MTUC Khalid Atan berkata, pihaknya mewakili pekerja yang tertindas mengharapkan campur tangan badan hak asasi manusia itu untuk membela nasib pekerja yang diberhentikan majikan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Kumpulan berkenaan mengadakan bantahan secara aman di perkarangan pejabat Suhakam dengan membawa plakad tertera perkataan "Hentikan Union Busting" sambil melaungkan "Henti Penindasan", "hidup, hidup pekerja", dan "hidup Suhakam".

"Kita hari ini di Suhakam, berbincang dengan pesuruhjaya atas tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab, dan kita mahu Suhakam memberi pembelaan kepada pekerja yang dibuang tanpa sebarang alasan. "Mereka (Suhakam) mungkin akan anjurkan pertemuan antara majikan dan pekerja untuk membincangkan permasalahan ini," kata Khalid dalam ucapannya sejurus penyerahan memorandum kepada Anggota Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam.

Sebelum itu, MTUC turut berarak ke pejabat Majlis Peguam untuk memorandum yang sama.

"Hari ini kita berhimpun membantah tindakan majikan membuang pekerja tanpa sebab munasabah.

"Pagi tadi kita serah memorandum kepada Majlis Peguam, dan mereka janji akan kaji aduan kita dan membawa perkara ini kepada pihak atasan," kata Khalid di depan lebih 50 peserta piket.

Program yang dikenali sebagai "MTUC Walk" itu bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan peserta berhimpun di depan bangunan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebelum bergerak ke pejabat Majlis Peguam.

Program berkenaan kemudiannya tamat sekitar jam 12 tengahari sejurus memorandum bantahan diserahkan kepada Suhakam.

"Union Busting merupakan satu trend yang semakin ketara di mana majikan memberhentikan, menamatkan, memecat, menggantung dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin kesatuan sekerja dan ahli serta pekerja yang terlibat dalam aktiviti kesatuan sekerja yang dianjurkan secara sah," kata memorandum mereka.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut menyatakan contoh beberapa pemimpin kesatuan sekerja yang dikenakan tindakan oleh syarikat mereka.

Antaranya ialah Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (RUM) Abdul Razak Md Hassan, Presiden Kesatuan Sekerja Pembantu Penerbangan Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin dan Naib Presiden Kesatuan Sekerja Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jalil Jalaludeen. – 20 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mtuc-gesa-henti-union-busting-serah-memorandum-kepada-suhakam#sthash.av5EV7XJ.dpuf

NTV7 News
MTUC: PROBE COMPANIES' MISCONDUCT
20 Oct 2014, 06:09pm BY Sobana Damodaran



The Malaysian Trade Union Congress, MTUC has submitted a memorandum to the Bar Council and the Malaysian Human Rights Commission, SUHAKAM, over alleged mistreatment of union members by certain companies.

MTUC wants the two institutions to investigate complaints of misconduct levelled at several companies, including suppressing union members.

The memorandum was handed over during a peaceful gathering in front of the Bar Council and also at the SUHAKAM office.
 

About 150 members and leaders from various unions were present.

MTUC Secretary General, Gopal Krishnam said the unions understand the employers' needs, but they must not interfere with union's business unless they broke the law.

National Union of Flight Attendants Malaysia, NUFAM former president Ismail Nasaruddin, who was recently sacked by Malaysia Airlines, said they wanted their rights to be protected.

According to the MTUC, more than 100 workers from several companies have been fired and suspended for trivial reasons.



- See more at: http://www.ntv7.com.my/7edition/local-en/MTUC_WANTS_COMPANIES_TO_STOP_SUPRESSING_UNION_WORKERS_1413799965.html#sthash.A72Hb8ib.dpuf

No comments: